Rabu, 29 Mei 2013

`•.¸.•´ Walimatulurus sahabat Nisa' `•.¸.•´

ღ☆ღبِسْــــــ...ــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــم ღ☆ღ
&
  ღ☆ღ ASSALAMUALAIKUM ღ☆ღ

Insya Allah pada 8 Jun 2013 bersamaan 29 Rejab 1434H (sabtu) akan berlangsung majlis perkahwinan salah seorang ahli nisa' iaitu Nur Khairunnisa & pasangannya..
Butiran lanjut seperti berikut....

Tarikh Nikah : 06 Jun 2013 (27 Rejab 1434H)
Tarikh walimah : 08 Jun 2013 (29 Rejab 1434H)
Tempat : Masjid As Salam Bukit Sentosa
Jamuan Makan : 12.00 tengahari - 4.00 petang

Semua Ahli Nisa' Diminta bertugas pada hari berkenaan..bagi mereka yang masih belum maklumkan kehadiran (bagi yang bertugas sahaja) sila maklumkan kepada Nadiah (017-3275487) dengan kadar segera...& semua Ahli nisa' (yang tidak dapat bertugas juga) dijemput hadir bersama2..






Jumaat, 23 November 2012

ღ☆ღ Adab Berkaitan Walimah ღ☆ღ

ღ☆ღبِسْــــــ...ــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــم ღ☆ღ
&
  ღ☆ღ ASSALAMUALAIKUM ღ☆ღ



Islam telah mensyariatkan walimah yang bertujuan untuk meraikan hari pernikahan seseorang.. Namun, ia perlulah diselenggarakan dengan baik agar beroleh pahala dan keberkatan daripada Allah, di samping mengelakkan daripada melakukan perkara yang dilarang oleh syariat.. Antara adab berkaitan walimah ialah :

¸.•✿´¯)MENGUTAMAKAN NIAT
Bagi pihak yang membuat walimah, niat perlulah disandarkan semata-mata kerana Allah.. Niatkan penganjuran majlis yang dilakukan untuk mengikuti sunnah Rasulullah s.a.w.. Moga-moga ganjaran pahala akan diterima hasil perbelanjaan harta, usaha dan masa yang "diinfakkan" pada jalan Allah..

¸.•✿´¯)TIDAK BERLEBIH-LEBIHAN
Bersederhana itu lebih baik.. Usah membebankan diri hantaran dan menyiapkan hidangan yang terlalu banyak sehingga berlaku pembaziran..
      Diriwayatkan daripada Anas bin Malik, beliau berkata :"Aku melihat Rasulullah s.a.w. mengadakan walimah untuk Zainab yang tidak pernah diadakan untuk isteri-isteri Baginda yang lain.. Baginda hanya menyembelih seekor kambing.." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

¸.•✿´¯)ADIL MENJEMPUT TETAMU
Jangan zalim ketika menjemput tetamu.. Bertindak adil terhadap tetamu dengan tidak memilih-milih orang tertentu.. Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud : "Seburuk-buruk makanan adalah makanan walimah yang diundang hanya orang kaya, sedangkan orang fakir tidak dijemput.." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

¸.•✿´¯)JAUHI ITEM KEMUNGKARAN
Kebelakangan ini, fenomena majlis perkahwinan yang diselangi pengisian seperti pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan, pendedahan aurat dan hiburan melampau seolah-olah menjadi perkara lazim dalam walimah..
     Wajib kepada orang yang diundang untuk tidak hadir ke majlis yang bercampur dengan perkara maksiat dan tidak ada dosa baginya jika tidak hadir..

¸.•✿´¯)MEMENUHI JEMPUTAN
Hukum memenuhi jemputan adalah wajib kerana dengan perbuatan tersebut, ia dapat menimbulkan kasih sayang dan melahirkan perasaan cinta antara tetamu dengan orang yang menjemput..
     Rasulullah s.a.w. mengingatkan, maksudnya : "Sesiapa yang tidak mendatangi undangan sesungguhnya dia telah menderhakai Allah dan Rasul-Nya.." (Riwayat Muslim)
     Bagi yang berpuasa pula, mereka juga tidak terkecuali untuk memenuhi tuntutan ini.. Hal ini memperlihatkan betapa Islam sangat menitikberatkan aspek yang melibatkan penjagaan hak Muslim kepada Muslim yang lain..



Selasa, 18 September 2012

~♥* ZiaRaH RaYa *♥~ ¸¸.•*¨*•♫♫•*¨*•.¸¸PaRt 2 ¸¸.•*¨*•♫♫•*¨*•.¸¸

ღ☆ღبِسْــــــ...ــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــم ღ☆ღ
&
  ღ☆ღ ASSALAMUALAIKUM ღ☆ღ


Subbahanallah...Rase macam lame dah ana xcoretkan sesuatu kat sini..rindu pun ada nie..huhuuuu
Hmm nama pun "ziarah raya part 2" kan???
So ana xmo ckp banyak..
Memandangkan hari nie pun dah masuk 2 ZULKAEDAH...
Raya pun dah habis...
Jom kite cuci mata tengok2 gambar time raya nisa' yang lepas...

FIRST : RUMAH SU NISA' HS... ღ☆ღ CIK PUAN NADIAH MOHD YUSOF ღ☆ღ

¸.•✿´¯) Sesi tazkirah ¸.•✿´¯)
Disampaikan oleh Cik Aisyahtuun Nuur...






 ¸.•✿´¯) Sesi makan2 ¸.•✿´¯)
MANU UTAMA `•.¸.•´ MAKARONI `•.¸.•´




¸.•✿´¯) Puan Nadiah selaku tuan rumah sedang memerhati gelagat sahabat Nisa' makan ¸.•✿´¯)

¸.•✿´¯) Sesi bergambar ¸.•✿´¯) setelah menjamu selera ¸.•✿´¯)
¸¸.•*¨*•♫♫•*¨*•.¸¸ HARDCORE NISA' ¸¸.•*¨*•♫♫•*¨*•.¸¸


 ¸.•✿´¯) HARDCORE & ANAK2 ¸.•✿´¯)


¸.•✿´¯) AKSI SPONTAN NISA' ¸.•✿´¯)



SECOND : RUMAH ღ☆ღ CIK RAJA NURHAZWANI ღ☆ღ
¸.•✿´¯) sesi tazkirah #2 ¸.•✿´¯)
Disampaikan oleh Puan Jehan Adnan
Eh, eh...kenape background cam taska jer nie??
Sebabnye umah dia bahagian bawah memang taska..
TASKA ARISA kat BATANG KALI (LIGAMAS)




¸.•✿´¯) Sesi bergambar ¸.•✿´¯)


THIRD : RUMAH TIMBALAN PENGERUSI NISA' HS ღ☆ღ PUAN SHARIPAH MOHAMAD ღ☆ღ
¸.•✿´¯) Sesi menjamu selera ¸.•✿´¯)




¸.•✿´¯) Nie tengah buat ketupat ker??? ¸.•✿´¯)


 ¸.•✿´¯) Cik Nurul Wahida kita tersenyum lebar sambil amik makanan... LAPAR katanye ¸.•✿´¯) 


¸.•✿´¯) Suasana di luar rumah ¸.•✿´¯)


¸.•✿´¯) Anak2 hardcore bermain di laman ¸.•✿´¯)




¸.•✿´¯) kenangan sebelum berangkat ¸.•✿´¯)


FOURTH : RUMAH ღ☆ღ CIK SYAKINAH & CIK HIDAYAH RASIMAN ღ☆ღ
¸.•✿´¯) Sesi menunggu tuan rumah bertungku lumus kat dapur ¸.•✿´¯)


¸.•✿´¯) Khusyuk memonton CARTOON ¸.•✿´¯)



¸.•✿´¯) Tue dia tuan rumah sudah sampai dari ........... entah, xtau lak dari mana..hahaaaa ¸.•✿´¯)


¸.•✿´¯) Sesi salam2 ¸.•✿´¯)



LAST : RUMAH ღ☆ღ PUAN SOLIHAH, CIK ANIS SYUHADA & CIK SYAHIDATUL IMAN ღ☆ღ
¸.•✿´¯) RUMAH TERBUKA RAYA ¸.•✿´¯)




¸.•✿´¯) Bile dah jadi rumah terakhir nie paham2 je la..amik gambar pun sure gambar kenangan last jer..hahaaaa jangan marah ye tuan rumah ¸.•✿´¯)


¸¸.•*¨*•♫♫•*¨*•.¸¸ SEKIAN ¸¸.•*¨*•♫♫•*¨*•.¸¸

Eh, jap2..Belum habis lagi...
Sebenarnye ade 5 rumah kami jalan2 raya tuk 1 hari..
tp rumah berkenaan xsempat nak snap gambar..
Almaklum la time 2 la nak kejar solat zohor...
Time 2 la nak makan NASI DAGANG..
Ya Allah sedap nye..
Tp ana xmakan ape namenye 2, ala yang ade nenas 2..
Hmm gatal lidah bile sebut NENAS..
Opppssss cukup2...
So buat empunya Rumah ღ☆ღCIK NURUL WAHIDAღ☆ღ maafkan kami ye...

Ape2 pun semoga semua HARDCORE NISA' HULU SELANGOR akan lebih maju & berwawasan dalam menjalankan tugas..Aamiin...
& semoga sentiasa Istiqomah & terus berada dilandasan Allah..
jadikan hari ini lebih baik dari semalam..
Istiqomah pada diri & agama..

Wallahualam..

Rabu, 29 Ogos 2012

ღ☆ღ ZiaRaH RaYa NiSa' HuLu SeLaNgoR 2012 ღ☆ღ

ღ☆ღبِسْــــــ...ــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــم ღ☆ღ
&
  ღ☆ღ ASSALAMUALAIKUM ღ☆ღ


Rasanya masih belum terlambat ana ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua sahabat2 Nisa' hulu Selangor kan???

Ape2 pun "Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin.."
Hari nie dah masuk 11 Syawal 1433H, macam mana dengan puasa sunat Syawal???

Kawan2 semua dah buat ker???
Kalau yang dah start masa raya ke-2, pasti anda semua tengah beraya sekarang kan??
Alhamdulillah..

Tapi bagi mereka yang masih "berperang" dengan puasa sunat syawal (macam ana), teruskan ye..
Besar ganjarannya...

Hmm memandangkan pada hari Jumaat nie (31 Ogos 2012) merupakan CUTI UMUM, jadi Nisa' Hulu Selangor ingin mengambil peluang & ruang untuk berHARI RAYA, ziarah menziarahi & open house..

Jadi, nak mulakan dengan rumah siapa dulu????

Ha, tue kenalah tanya Ketua Nisa' Hulu Selangor, Puan Jehan Adnan..heheee

Tapi rasanya start berkumpul @ serbu rumah SU Nisa' Hulu Selangor dulu kot... Puan Nadiah Mohd Yusof..

Jadi ape menu special agak2 nye ye???
Hmm dah nama pun "ziarah raya" so makan kuaih raya jer la ye...heheeee

Ape2 pun sebelum ahli2 Nisa' menyerbu rumah2 yang bakal di ziarah, jom kita check dulu DOA & ADAB2 semasa menziarah...

DOA ZIARAH HARI RAYA AIDILFITRI :

Ya Allah Ya Tuhan Kami,
dengan keberkatan bulan Syawal yang mulia ini, turunkanlah rahmat & keberkatan kepada kami semua, ampunilah kami semua, masukkanlah kami semua ke dalam Syurga-Mu & jauhkanlah kami daripada seksaan api neraka-Mu..

Ya Allah Ya Tuhan Kami,
kurniakanlah kesihatan, keselamatan, kesejahteraan, kebahagiaan, ketenangan & kegembiraan kepada kami semua, perbaikilah hubungan antara kami & mesrakanlah antara hati-hati kami & tunjukkanlah kepada kami jalan-jalan yang membawa kebaikan di dunia ini & lepaskanlah kami daripada kegelapan dosa & jauhkanlah kami daripada segala kekejian sama ada zahir ataupun yang tersembunyi daripadanya..

Ya Allah,
Engkau yang mahaterpuji, Engkaulah yang maha pemurah & yang maha kaya, kurniakanlah keberkatan kepada rezeki yang Engkau kurniakan kepada kami semua khususnya rezeki yang Engkau Kurniakan kepada tuan rumah ini (sebutkan nama tuan rumah) seisi keluarga, dengan rahmat-Mu, Ya karim, Ya Arhamarrahimin..

Ya Allah Ya Tuhan Kami,
Jadikanlah usaha ziarah hari raya ini sebagai usaha yang diberkati & dirahmati, segala amal perbuatan baik kami diterima & jadikanlah kami semua hamba-hamba-Mu yang sentiasa bersyukur atas nikmat kurniaan-Mu..

Ya Allah Ya Tuhan Kami,
Jadikanlah pertemuaan kami ini pertemuaan yang dirahmati, & perpisahan kami selepasnya nanti, perpisahan yang sentiasa terpelihara.. Permudahkanlah urusan kami & sempurnakanlah semua pekerjaan kami dengan segala kebaikan, dengan rahmat-Mu, Ya Arhamar Rahimin..


ADAB2 SEBELUM ZIARAH :

# Memilih masa yang sesuai
#Memakai pakaian yang sopan & menutup aurat
#Berniat pertemuan & perpisahan adalah kerana Allah

ADAB2 SEMASA ZIARAH :

#Memberi salam & bersalaman
#Meminta izin untuk masuk
#Memendekkan tempoh ziarah
#Mengawal pandangan
#Merendahkan suara

ADAB2 SELEPAS ZIARAH :

#Meminta izin apabila hendak beredar
#Memberi salam & bersalaman sebelum beredar

PERKARA YANG PERLU DIHINDARI SEMASA ZIARAH :

#Enggan memberi salam
#Masa yang tidak bersesuaian
#Mengaibkan tuan rumah
#Mengumpat

Jumaat, 27 Julai 2012

..::Roh Di Bulan Ramadhan::..

Apabila tiba bulan Ramadhan, semua roh berkumpul di Luh Mahfuz memohon kepada Allah S.W.T untuk kembali ke bumi. Ada roh yang dibenarkan pulang ke bumi dan ada yang tidak dibenarkan. Roh yang dibenarkan pulang adalah kerana amalan baik mereka semasa hayat mereka ataupun ada penjamin - penjamin yang mendoakan mereka. Manakala roh - roh yang tidak dibenarkan pulang disebabkan kesalahan mereka semasa hayat mereka akan terus di penjara di Luh Mahfuz.
 
Apabila roh dibenarkan pulang, perkara pertama yang mereka lakukan adalah pergi ke tanah perkuburan untuk melihat jasad mereka. Kemudian mereka akan pergi ke rumah anak2 mereka, orang yang mendapat harta pusaka mereka dan ke rumah orang yang mendoakan mereka dengan harapan orang yang mereka lawati itu memberi hadiah untuk bekalan mereka. Perkara ini akan berlarutan sehinggalah tibanya Hari Raya Aidilfitri. Pada saat ini mereka akan mengucapkan selamat tinggal kepada jasad dan pulang semula ke Luh Mahfuz dengan bekalan yang diberikan oleh mereka2 yang masih hidup.
 
Di sini ana ingin berkongsi hikmah adanya alam kubur. Alam kubur membuktikan bahawa Allah itu Maha Penyayang. Orang yang melakukan kesalahan semasa hayatnya boleh dibantu dengan doa orang2 yang masih hidup. Alangkah bahagianya jika seseorang yang telah meninggal dunia masih mendapat bekalan dari orang - orang yang masih hidup.
 
Oleh itu wahai sahabatku, jangan biarkan orang - orang yang kita sayang, yang mengadap Allah terlebih dahulu daripada kita sepi tanpa doa dan sedekah daripada kita. Sesungguhnya apabila mati seseorang anak adam itu, terputus ia semua hal kecuali 3 perkara iaitu doa anak - anak yang soleh, ilmu yang bermanfaat dan sedekah amal jariah. Sebarkan dakwah ini kepada seberapa ramai orang terdekat anda, dan mintalah mereka untuk melakukan hal yang sama.
 
Jika anda melakukan dengan ikhlas
Insya Allah anda akan mendapat ganjaran pahala kebaikan dari Allah. Mari berlumba dalam kebaikan.

Rabu, 18 Julai 2012

..::NiSa' KeMBaLi::..

Assalamualaikum...

Subahanallah..lama nye xpost something about Nisa'..
ok memandangkan dah dekat ramadhan..
(lagi beberapa hari jer lagi nie..kalau acara lumba lari, dah "SEDIA" untuk berlepas..)
Hmm adakah semua ahli2 nisa' bersedia???
Insya Allah harap2 semuanya bersedia ye..
(jgn curi2 makan lak ye..)

ok, Insya Allah pada 28 Julai 2012, Nisa' Hulu Selangor akan mengadakan "masak-masak Ramadhan 1433H"..
macam tahun lepas..


tp xserupa OK..

jom kita semak ble..

TARIKH    : 28 JULAI 2012 / 8 RAMADHAN 1433H
MASA       : bermula jam 3PETANG - ISYAK (beserta TARAWIH)
TEMPAT   : 11, JLN ANGGERIK BB4 BUKIT BERUNTUNG.

Pengarah Program : Cik Nurul Wahida Mohammad Rosly
Chef : Pn. Solihah Ahmad
MENU pilihan :
* nasi + masak lemak ikan masin terung
* ayam goreng
* sambal
* kuih lopes
* donut
* buah melaka
* tauhu sumbat
* pecal dll

PENGISIAN :
* revision tajwid
* tazkirah
* solat berjamaah(maghrib, isyak & tarawih)

jadi kepada semua Ahli Nisa Hulu Selangor jangan lepaskan peluang ye..

Wassalam..

~ Kaedah Berinteraksi Dengan Non-Muslim ~

Al-Quran merupakan kalamullah yang paling Agung. Diturunkan kepada Nabi junjungan kita, Muhammad SAW melalui Malaikat Jibril a.s pada bulan mulia, iaitu bulan Ramadhan. Mukjizat Rasulullah yang paling agung masih lagi kekal sehingga hari kiamat tanpa ada sedikitpun yang mampu mengubahnya. Itulah janji Allah SWT.

FirmanNya yang bermaksud :-

"Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya jika sekalian manusia dan jin berhimpun dengan tujuan hendak membuat dan mendatangkan sebanding dengan Al-Quran ini, mereka tidak akan dapat membuat dan mendatangkan yang sebanding dengannya, walaupun mereka bantu-membantu sesama sendiri""
(Surah Al-Israa, ayat 88)

Terlalu sempurna meliputi pelbagai aspek kehidupan samada kepada umat Islam itu sendiri dan seluruh manusia sejagat. Terlalu banyak ilmu yang tersimpan didalamnya yang mana ianya sesuai dengan fitrah manusia. Merangkumi satu sistem kehidupan yang lengkap antaranya menyentuh hubungan muamalat di kalangan umat Islam dengan yang mereka menafikan kebesaran dan keagungan Allah SWT (non-muslim). 

Hubungan Muslim dengan Ahli Kitab

 Al-Qur'an telah pun mengatur hubungan antara Muslim dengan non-Muslim :

"Katakanlah (wahai Muhammad): "Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang lelaki dan perempuan serta menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan berpuak-puak supaya kamu saling kenal mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di sisi Allah ialah orang yang paling takwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal"
(Surah Al-Hujurat, ayat 13)

FirmanNya lagi ;-

"Dan sesungguhnya yang paling dekat persabahatan dengan orang-orang yang beriman ialah orang-orang yang berkata: "Sesungguhnya kami ini orang Nasrani". Yang demikian itu disebabkan karena di antara mereka terdapat pendeta-pendeta dan rahib-rahib, serta mereka tidak menyombongkan diri."
(Surah Al-Maidah, ayat 82)

Jelaslah ayat di atas tidak ada halangan untuk Muslim berkawan dengan bukan Islam, bahkan Allah ciptakan manusia berpuak-puak untuk saling kenal mengenal. Muslim dan bukan Islam boleh bekerjasama dalam membangun negara dan memajukan bidang pendidikan serta semua aktiviti.

Larangan Melantik Bukan Islam menjadi Pemimpin

Hanya ada larangan daripada Allah dalam memilih pemimpin di kalangan bukan Islam dalam membuat keputusan yang berkaitan dengan agama seperti tersebut dalam Al-Qur'an :

 Al-Qur'an telah pun mengatur hubungan antara Muslim dengan non-Muslim :

"Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani menjadi pemimpin-pemimpin mu; sebahagian mereka adalah pemimpin bagi sebahagian yang lain. Barang siapa di antara kamu mengambil mereka menjadi pemimpin, maka sesungguhnya orang itu termasuk golongan mereka. Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang zalim "
(Surah Al-Maidah, ayat 51)

Pastinya setiap peraturan yang ditentukan oleh Allah SWT itu padanya seribu hikmah yang perlu untuk diselongkarkan. Terlalu banyak ayat-ayat Al-Quran yang menggalakkan agar umat Islam perlunya banyakkan berfikir. Persoalannya, mengapa umat Islam tidak boleh mengambil orang bukan Islam sebagai pemimpin untuk membuat keputusan dalam hal yang berkaitan dengan agama? 


1. Ahli Kitab menginginkan kamu menjadi kafir seperti mereka.

"Mereka ingin supaya kamu menjadi kafir seperti mereka yang telah kafir, lalu kamu menjadi kafir seperti mereka. Maka janganlah kamu jadikan di antara mereka penolong-penolongmu, hingga mereka menerima Islam ..."
(Surah An-Nisa, ayat 89)

2. Ahli Kitab ingin menyesatkan orang Islam

"Segolongan dari Ahli Kitab ingin menyesatkan kamu, padahal mereka tidak menyesatkan melainkan dirinya sendiri, dan mereka tidak menyedarinya "
(Surah Al-Imran, ayat 69)

3. Ahli Kitab Ingkar kepada ayat Allah

"Hai Ahli Kitab, mengapa kamu mengingkari ayat-ayat Allah, padahal kamu mengetahui kebenarannya"
(Surah Al-Imran, ayat 70)

4. Ahli kitab tidak pegang janji dengan baik

"Dan Janganlah kamu percaya melainkan kepada orang yang mengikuti agamamu. Katakanlah: "Sesungguhnya petunjuk ialah petunjuk Allah, dan janganlah kamu percaya bahawa akan diberikan kepada seseorang seperti apa yang diberikan kepadamu, dan jangan pula kamu percaya bahwa mereka akan mengalahkan hujahmu di sisi Tuhanmu...."
(Surah Al-Imran, ayat 73)

5. Ahli kitab dianggap tidak beragama

"Katakanlah: "Hai Ahli Kitab, kamu tidak dipandang beragama sedikit pun hingga kamu menegakkan ajaran-ajaran Taurat, Injil dan Al-Qur'an yang diturunkan kepadamu dari Tuhanmu". Sesungguhnya apa yang diturunkan kepada Muhammad dari Tuhanmu akan menambah kedurhakaan dan kekafiran kebanyakan mereka; maka janganlah kamu bersedih hati terhadap orang-orang yang kafir itu"
(Surah Al-Maidah, ayat 68)

Panduan berhubungan dengan Bukan Islam

Umat islam dalam berkawan dengan bukan Islam telah diberi panduan oleh Allah melalui ayat-ayat Al-Qur'an antara lain:

1. Muslim wajib berdakwah kepada bukan Islam

"Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah dari yang munkar; merekalah orang-orang yang beruntung"
(Surah Al-Imran, ayat 104)

2. Menyeru bukan Islam kepada Islam dengan Lemah lembut

Dalam kita menyeru bukan Islam pun Al-Qur'an telah mengaturnya agar menyeru dengan cara yang berhikmah dan lemah lembut

"Serulah manusia kepada jalan Allah dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalan-Nya dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk"
(Surah An-Nahlu ayat 125)

3. Mencari Persamaan dengan Ahli Kitab

"Katakanlah: "Hai Ahli Kitab, marilah berpegang kepada suatu kalimat yang tidak ada perselisihan antara kami dan kamu, bahwa tidak disembah kecuali Allah dan tidak kita persekutukan Dia dengan sesuatu pun dan tidak pula sebagian kita menjadikan sebagian yang lain sebagai tuhan selain Allah. Jika mereka berpaling maka katakanlah kepada mereka: "Saksikanlah, bahwa kami adalah orang-orang yang berserah diri kepada Allah"
(Surah Al-Imran, ayat 64)

4. Berdebat dengan ahli Kitab dengan cara yang terbaik

Bahkan kalau berdebat dengan bukan Islam pun maka dituntut untuk berdebat dengan cara yang terbaik.

"Dan janganlah kamu berdebat dengan Ahli Kitab, melainkan dengan cara yang paling baik, kecuali dengan orang-orang zalim di antara mereka, dan katakanlah: "Kami telah beriman kepada kitab-kitab yang diturunkan kepada kami dan yang diturunkan kepadamu; Tuhan kami dan Tuhanmu adalah satu; dan hanya kepada-Nya kami berserah diri"
(Surah Al-Ankabut, ayat 46)

5. Jangan mencerca sembahan ahli Kitab

Umat islam tidak dibenarkan untuk menghina sembahan agama lain, boleh jadi disebabkan ketidak fahaman mereka akan mencerca Allah SWT.

"Dan janganlah kamu mencerca sembahan-sembahan yang mereka sembah selain Allah, kerana mereka akan mencerca Allah dengan melampau tanpa pengetahuan. Demikianlah Kami jadikan setiap umat menganggap baik pekerjaan mereka. Kemudian kepada Tuhan merekalah mereka kembali, lalu Dia memberitakan kepada mereka apa yang dahulu mereka kerjakan"
(Surah Al-an'am, ayat 108)

6. Tidak ada paksaan untuk menerima Islam

Islam tidak benarkan umatnya memaksa bukan Islam untuk menerima Islam dengan alasan apapun. Kalau ada muslim yang melakukan pemaksaan maknanya mereka tidak megikut tuntutan Al-Qur'an.

"Tidak ada paksaan untuk menerima Islam; sesungguhnya telah jelas kebenaran daripada kesesatan. Kerana itu barangsiapa ingkar kepada Thaghut dan beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada buhul tali yang amat kuat yang tidak akan putus. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui"
(Surah Al-Baqarah ayat 256)