Jumaat, 23 November 2012

ღ☆ღ Adab Berkaitan Walimah ღ☆ღ

ღ☆ღبِسْــــــ...ــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــم ღ☆ღ
&
  ღ☆ღ ASSALAMUALAIKUM ღ☆ღ



Islam telah mensyariatkan walimah yang bertujuan untuk meraikan hari pernikahan seseorang.. Namun, ia perlulah diselenggarakan dengan baik agar beroleh pahala dan keberkatan daripada Allah, di samping mengelakkan daripada melakukan perkara yang dilarang oleh syariat.. Antara adab berkaitan walimah ialah :

¸.•✿´¯)MENGUTAMAKAN NIAT
Bagi pihak yang membuat walimah, niat perlulah disandarkan semata-mata kerana Allah.. Niatkan penganjuran majlis yang dilakukan untuk mengikuti sunnah Rasulullah s.a.w.. Moga-moga ganjaran pahala akan diterima hasil perbelanjaan harta, usaha dan masa yang "diinfakkan" pada jalan Allah..

¸.•✿´¯)TIDAK BERLEBIH-LEBIHAN
Bersederhana itu lebih baik.. Usah membebankan diri hantaran dan menyiapkan hidangan yang terlalu banyak sehingga berlaku pembaziran..
      Diriwayatkan daripada Anas bin Malik, beliau berkata :"Aku melihat Rasulullah s.a.w. mengadakan walimah untuk Zainab yang tidak pernah diadakan untuk isteri-isteri Baginda yang lain.. Baginda hanya menyembelih seekor kambing.." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

¸.•✿´¯)ADIL MENJEMPUT TETAMU
Jangan zalim ketika menjemput tetamu.. Bertindak adil terhadap tetamu dengan tidak memilih-milih orang tertentu.. Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud : "Seburuk-buruk makanan adalah makanan walimah yang diundang hanya orang kaya, sedangkan orang fakir tidak dijemput.." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

¸.•✿´¯)JAUHI ITEM KEMUNGKARAN
Kebelakangan ini, fenomena majlis perkahwinan yang diselangi pengisian seperti pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan, pendedahan aurat dan hiburan melampau seolah-olah menjadi perkara lazim dalam walimah..
     Wajib kepada orang yang diundang untuk tidak hadir ke majlis yang bercampur dengan perkara maksiat dan tidak ada dosa baginya jika tidak hadir..

¸.•✿´¯)MEMENUHI JEMPUTAN
Hukum memenuhi jemputan adalah wajib kerana dengan perbuatan tersebut, ia dapat menimbulkan kasih sayang dan melahirkan perasaan cinta antara tetamu dengan orang yang menjemput..
     Rasulullah s.a.w. mengingatkan, maksudnya : "Sesiapa yang tidak mendatangi undangan sesungguhnya dia telah menderhakai Allah dan Rasul-Nya.." (Riwayat Muslim)
     Bagi yang berpuasa pula, mereka juga tidak terkecuali untuk memenuhi tuntutan ini.. Hal ini memperlihatkan betapa Islam sangat menitikberatkan aspek yang melibatkan penjagaan hak Muslim kepada Muslim yang lain..