ღ☆ღبِسْــــــ...ــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــم ღ☆ღ
&
ღ☆ღ ASSALAMUALAIKUM ღ☆ღ
Rasanya masih belum terlambat ana ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua sahabat2 Nisa' hulu Selangor kan???
Ape2 pun "Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin.."
Hari nie dah masuk 11 Syawal 1433H, macam mana dengan puasa sunat Syawal???
Kawan2 semua dah buat ker???
Kalau yang dah start masa raya ke-2, pasti anda semua tengah beraya sekarang kan??
Alhamdulillah..
Tapi bagi mereka yang masih "berperang" dengan puasa sunat syawal (macam ana), teruskan ye..
Besar ganjarannya...
Hmm memandangkan pada hari Jumaat nie (31 Ogos 2012) merupakan
Jadi, nak mulakan dengan rumah siapa dulu????
Ha, tue kenalah tanya Ketua Nisa' Hulu Selangor,
Tapi rasanya start berkumpul @ serbu rumah
Jadi ape menu special agak2 nye ye???
Hmm dah nama pun "ziarah raya" so makan kuaih raya jer la ye...heheeee
Ape2 pun sebelum ahli2 Nisa' menyerbu rumah2 yang bakal di ziarah, jom kita check dulu DOA & ADAB2 semasa menziarah...
DOA ZIARAH HARI RAYA AIDILFITRI :
Ya Allah Ya Tuhan Kami,
dengan keberkatan bulan Syawal yang mulia ini, turunkanlah rahmat & keberkatan kepada kami semua, ampunilah kami semua, masukkanlah kami semua ke dalam Syurga-Mu & jauhkanlah kami daripada seksaan api neraka-Mu..
Ya Allah Ya Tuhan Kami,
kurniakanlah kesihatan, keselamatan, kesejahteraan, kebahagiaan, ketenangan & kegembiraan kepada kami semua, perbaikilah hubungan antara kami & mesrakanlah antara hati-hati kami & tunjukkanlah kepada kami jalan-jalan yang membawa kebaikan di dunia ini & lepaskanlah kami daripada kegelapan dosa & jauhkanlah kami daripada segala kekejian sama ada zahir ataupun yang tersembunyi daripadanya..
Ya Allah,
Engkau yang mahaterpuji, Engkaulah yang maha pemurah & yang maha kaya, kurniakanlah keberkatan kepada rezeki yang Engkau kurniakan kepada kami semua khususnya rezeki yang Engkau Kurniakan kepada tuan rumah ini (sebutkan nama tuan rumah) seisi keluarga, dengan rahmat-Mu, Ya karim, Ya Arhamarrahimin..
Ya Allah Ya Tuhan Kami,
Jadikanlah usaha ziarah hari raya ini sebagai usaha yang diberkati & dirahmati, segala amal perbuatan baik kami diterima & jadikanlah kami semua hamba-hamba-Mu yang sentiasa bersyukur atas nikmat kurniaan-Mu..
Ya Allah Ya Tuhan Kami,
Jadikanlah pertemuaan kami ini pertemuaan yang dirahmati, & perpisahan kami selepasnya nanti, perpisahan yang sentiasa terpelihara.. Permudahkanlah urusan kami & sempurnakanlah semua pekerjaan kami dengan segala kebaikan, dengan rahmat-Mu, Ya Arhamar Rahimin..
ADAB2 SEBELUM ZIARAH :
# Memilih masa yang sesuai
#Memakai pakaian yang sopan & menutup aurat
#Berniat pertemuan & perpisahan adalah kerana Allah
ADAB2 SEMASA ZIARAH :
#Memberi salam & bersalaman
#Meminta izin untuk masuk
#Memendekkan tempoh ziarah
#Mengawal pandangan
#Merendahkan suara
ADAB2 SELEPAS ZIARAH :
#Meminta izin apabila hendak beredar
#Memberi salam & bersalaman sebelum beredar
PERKARA YANG PERLU DIHINDARI SEMASA ZIARAH :
#Enggan memberi salam
#Masa yang tidak bersesuaian
#Mengaibkan tuan rumah
#Mengumpat