Isnin, 18 Jun 2012

..::Israk & Mikraj : Hikmah Pengembaraan Seorang Nabi::..


Tanggal 27 Rejab setiap tahun kita pasti akan mengulangi penceritaan sebuah kisah agung yang berlaku kepada baginda Nabi Muhammad SAW. Pada waktu ini masjid-masjid di seluruh negara akan sibuk diisi dengan ceramah-ceramah, tazkirah-tazkirah, forum serta pelbagai jenis pengisian lain yang akan membawa kita memperingati dan mengenang semula peristiwa Israk dan Mikraj Nabi Muhammad SAW.
Peristiwa ini mendapat pelbagai respon daripada kalangan para sahabat Baginda, sehinggakan ada di kalangan mereka yang ragu-ragu untuk mempercayai perkara tersebut. Namun, bagi Saidina Abu Bakar RA, beliau tidak pernah merasa sangsi dan ragu terhadap setiap perkhabaran yang disampaikan oleh Baginda Nabi SAW, bahkan beliau mempercayai dan membenarkan perkara tersebut walaupun luar daripada jangkauan logik akal manusia.
 
Semua ini kerana beliau yakin dengan Rasulullah dan qudrat Allah SWT yang tiada bandingan. Kepercayaan dan keyakinan beliau yang cukup tinggi terhadap apa yang disampaikan oleh Nabi ini menyebabkan Nabi menganugerahkan gelaran 'al-Siddiq' kepada beliau.
 
Pada tahun 10 kenabian ini Baginda Nabi SAW diberi ujian berat oleh Allah SWT apabila dua tonggak utama yang paling banyak membantu urusan dakwah Baginda Nabi iaitu Saidatina Khadijah (isteri Baginda) dan Abu Talib (bapa saudara Baginda) telah diangkat bertemu Allah SWT. Peristiwa ini cukup memberi kesan kepada Baginda Nabi SAW, namun begitu dalam keadaan kehilangan orang yang tersayang ini Allah SWT sekali lagi menguji Baginda Nabi dengan peristiwa Israk dan Mikraj serta kewajipan solat lima waktu kepada ummatnya.
 
 
Tiada Istilah Rehat daripada Gerak Kerja Dakwah
 
Kesedihan yang dihadapi oleh Baginda Nabi ini tidak menjadikannya lemah semangat daripada terus melaksanakan kerja dakwah. Ini dapat dibuktikan apabila Baginda Nabi sanggup ditarbiah dalam peristiwa Israk & Mikraj bertemu Allah SWT. Kalaulah Nabi ini bersikap tidak mampu menerima ujian nescaya Nabi boleh memohon daripada Allah SWT daripada dikenakan dengan pelbagai tanggungjawab lain pada waktu itu.
 
Hakikat yang berlaku adalah sebaliknya, Nabi tidak pernah memohon daripada Allah untuk rehat, bercuti sambil menenangkan fikiran dan sebagainya bahkan Nabi SAW menerima setiap arahan dan taklifan daripada Allah SWT walaupun pada waktu itu Baginda Nabi cukup sedih.
 
Segala ujian dilalui dengan tenang tanpa ada sekelumit rasa gelisah dan terpaksa. Misi dakwah diteruskan dalam keadaan bagaimana sekalipun. Inilah pengajaran yang perlu kita fahami bersama hasil daripada sirah Baginda Nabi ini. Sifat sedih, tertekan dan merajuk merupakan sifat fitrah manusia, akan tetapi sifat ini perlu dikawal dengan iman dan akal fikiran yang waras agar tidak menganggu gerak kerja yang lain lebih-lebih lagi gerak kerja dakwah Islam.
 
Pertemuan Dengan Rakan Sefikrah Menjadi Momentum Kekuatan 
 
Dalam perjalanan Baginda Nabi bertemu dengan Allah SWT, Baginda telah dipertemukan dengan Nabi-nabi terdahulu bahkan Baginda sempat menjadi imam ketika solat bersama dengan para nabi yang lain. Bahkan Baginda Nabi SAW sempat meminta pandangan serta nasihat daripada Nabi Musa As ketika mana Allah SWT memerintahkan kewajipan bersolat sebanyak 50 waktu sehari semalam.
 
Pertemuan dan perjumpaan dengan rakan-rakan serta sahabat yang sealiran fikrah amat penting untuk memastikan kita tidak akan putus semangat dalam melaksanakan gerak kerja. Dalam keadaan kita sedih ataupun tertekan dengan pelbagai ujian yang menimpa maka, kita boleh meminta nasihat daripada kawan-kawan yang lain, akan tetapi lebih baik jika nasihat, dorongan atau kata-kata semangat itu datang daripada mereka yang lebih memahami dan mengetahui hala tuju kita serta memiliki matlamat perjuangan yang sama.
 
Terapkan Konsep Dosa & Pahala Dalam Gerak Kerja
 
Sepanjang pengembaraan ataupun perjalanan, Nabi telah diperlihatkan dengan pelbagai gelagat manusia. Ada yang menerima balasan kebaikan dan tidak kurang juga yang menerima ganjaran kejahatan. Semua itu dibalas berdasarkan apa yang telah mereka lakukan di atas dunia. Jika kebaikan yang dilakukan, maka pengakhiran mereka akan diganjari dengan kebaikan. Namun, awas jika kehidupan dipenuhi dengan pelbagai maksiat dan dosa yang dilakukan maka selayaknya bagi mereka itu balasan kejahatan yang akan diterima.
 
Begitu juga dalam konteks berpersatuan, kita diajar agar sentiasa melihat sesuatu yang kita lakukan itu ada balasannya. sekiranya baik maka balasannya juga baik dan sekiranya jahat maka balasannya juga adalah kejahatan. Perkara ini perlu dijadikan sebagai piawaian terhadap setiap perbuatan dan tanggungjawab yang digalas
 
Konsep dosa dan pahala ini akan menjadikan kita lebih berwaspada dan menilai sesuatu perkara itu lebih teliti sebelum melakukannya. Mereka yang tidak memandang konsep dosa dan pahala ini akan melihat sesuatu tugasan serta taklifan yang diberikan itu adalah perkara yang biasa lantas melakukannya sekadar melepaskan batuk di tangga. Namun, bagi mereka yang memahami konsep dosa dan pahala ini dengan baik, mereka akan melihat setiap tugasan dan taklifan yang diamanahkan itu mesti dilaksanakan dengan sehabis baik dan sesempurna mungkin sebagaimana hadis Rasululllah SAW yang bermaksud
 
 "sesungguhnya Allah SWT amat menyukai hambanya yang bersungguh-sungguh dalam setiap amalannya"
 
Kesimpulannya, berdasarkan kepada peristiwa agung Israk & Mikraj ini, bukan sahaja perlu kepada kita untuk mendengar, mengetahui dan mengingati sejarah peristiwa tersebut semata-mata. Bahkan pengajaran yang tersirat disebalik peristiwa tersebut perlu dikaji dan diteladani dalam kehidupan. Apa yang pasti setiap tindakan kita mestilah berdasarkan pedoman daripada Nabi SAW demi memastikan cahaya Islam terus bersinar di atas muka bumi.
 
"MEMARTABAT KEILMUAN MEMIMPIN KESATUAN"
 
Abdul Aziz Bin Ali,
Presiden,
(Ketua Lajnah Perhubungan Antarabangsa & Pengerusi HEWI)
Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir 2012.
 
copy paste dari sini..

Khamis, 26 April 2012

..::BeRCouPLe aTaU JuaL MaHaL::..





Masa kecil saya pernah memikirkan, memang perlukah seorang yang dewasa ber'dating' sebelum melangkah ke alam perkahwinan?

Kenapa saya bingung akan hal ini? Kecil-kecil lagi sudah gatal?

Bukan begitu. Naluri kanak-kanak saya pada waktu itu merasakan tidak selesa dengan apa yang ditayangkan dikaca televisyen.

Jikalau ceritanya tentang pasangan kekasih, sudah pasti ada adegan keluar makan berdua-duaan sebelum punya ikatan yang sah.

Cerita tempatan apatah lagi luar negara, babak kekasih dilamun cinta sebelum berkahwin disusun dengan penuh teliti.

Tetapi saya memang bingung.

Memang perlukah begitu? Perlukah bercouple sebelum berkahwin? Nyata saya tidak selesa di awal usia kanak-kanak.

Cinta Monyet

Alhamdulillah, semasa di sekolah rendah mahupun sekolah menengah saya jauh dari memahami erti ataupun mengalami cinta monyet.

Istilah yang biasa tetapi sekadar mendengar.

Ada sahaja rakan-rakan yang ber'cinta' seawal darjah lima.

Saya bingung. Memang terlalu muda untuk memahami tentang perkara ini.

Maka tidak hairanlah mengapa saya bingung ketika itu.

Pelik dan mencari-cari sebab mengapa ada yang bercinta seawal usia di darjah lima.

Di sekolah menengah, lain pula ceritanya. Kisah bercinta menjadi lebih hebat.

Mungkin merasakan diri lebih matang sedangkan baru menginjak remaja.

Kisah cinta disekeliling saya bermacam-macam.

Kenyataan-kenyataan seperti; batch kami bercinta seperti tukar baju (pelajar batch tersebut sering bertukar-tukar pasangan ibarat menukar baju setiap hari), ada senior mengaku dia bercinta untuk mencari pengalaman.

Aduh! Saya menjadi semakin bingung.

Benarkah ini semua?

Erti couple, cinta dan perkahwinan

Kini setelah saya berusia dua puluh dua tahun, saya semakin mengerti.

Kisah pasangan berdua-duaan yang saya fikirkan semasa kecil, bukanlah sesuatu yang dianjurkan oleh Islam.

Bahkan, Islam sebagai cara hidup menggariskan cara yang cukup indah dan sempurna untuk mengikat pertalian antara adam dan hawa.

Kisah cinta monyet yang membingungkan semasa di zaman sekolah juga dapat saya cari jawapannya.

Buku Tentang Cinta karangan Ustaz Pahrol banyak membantu saya untuk memahami isu ini.

Tambahan pula, semasa saya di Kolej Yayasan UEM Lembah Beringin, forum Tentang Cinta telah diadakan. Panel-panel terdiri daripada Ustaz Pahrol sendiri, Ustaz Hashim (trainer Fitrah Perkasa) dan Ustaz Hasrizal.

Panel yang hadir cukup berpengalaman kerana mereka jauh lebih dewasa dan sudah berkeluarga.

Islam dan Cinta

Islam menganjurkan lelaki dan wanita bertaaruf iaitu berkenal-kenalan sebelum mengikat pertunangan.

Cara bertaaruf menjaga adab dan syariat. Pasangan tidak berdua-duaan tetapi ditemani oleh orang tengah mahupun ibu bapa sendiri.

Bercinta pula perlu punya tujuan. Apa tujuan cinta monyet?

Sekadar suka-suka atau untuk mencari pengalaman? Jika benar, bukankah itu alasan-alasan yang menyedihkan?

Bercinta adalah berkasih sayang.

Mampukah untuk kita berkasih sayang dengan seseorang yang asing jika kita belum mampu menyayangi ahli keluarga sendiri?

Maka jika benar, kita berkasih sayang dengan orang luar perlu sama seperti berkasih sayang dengan ahli keluarga sendiri.

Tetapi adakah perkara ini benar-benar berlaku di antara pasangan yang menyatakan diri mereka bercinta?

Bagi saya, untuk memahami istilah cinta, saya perlu memahami erti mencintai diri sendiri, mencintai ahli keluarga, mencintai rakan-rakan dan yang lebih utama mencintai Allah dan RasulNya.

Saya perlu menguasai erti cinta ini sebelum mencintai seseorang yang asing - lelaki dalam hidup seorang wanita.

Terlalu teoritikal? Pandai-pandailah mencari cara untuk amalinya.

Semakin dewasa saya semakin memahami dan lihat sendiri teori-teori cinta secara praktikalnya (bukan saya yang bercinta, tetapi melihat realiti disekeliling).

Cinta itu perlukan kepercayaan dan tanggungjawab. Cinta itu memberi tanpa mengharap balasan.

Teori ini memang benar untuk menyelesaikan masalah-masalah perkahwinan yang saya ketahui(bukan menjaga tepi kain orang, tetapi mungkin diri sudah cukup dewasa memahami permasalahan ini).

Perkahwinan yang memang bergelora.

Sesekali terasa takut pula memikirkannya. Tetapi seperti kata emak; Jalan ini mudah sahaja jika manusia ambil jalan yang lurus. Tetapi hakikatnya, ada yang memilih yang bengkang-bengkok.

Jual mahal?

Setelah berusia dua puluhan dan masih tidak berpunya atau tidak pernah ber'boyfriend', maka masyarakat amnya masih mempunyai stigma bahawa tuan punya badan mungkin jual mahal.

Nasihat seperti , jangan jual mahal nanti tidak laku dan sebagainya dilontarkan.

Persoalannya, setelah beberapa perkara seperti di atas dibangkitkan, adakah benar bahawa seseorang yang tidak ber'boyfriend' itu wajar dikategorikan sebagai jual mahal atau memilih?

Atau mungkin tuan punya badan sekadar menongkah norma masyarakat kerana tidak bersetuju dengan gejala couple yang dipandang sebagai satu kemestian dan kebiasaan?

Atau mungkin tuan punya badan benar-benar memikirkan erti sebenar cinta dan berkasih sayang?

Isu yang berat untuk difikirkan bersama.

Masakan tidak, di dalam hadis daripada Nabi s.a.w. yang menegaskan dengan maksud bahawa :

"Sesiapa yang telah berkahwin dikalangan kamu maka dia telah sempurnakan separuh dari urusan agamanya dan hendaklah dia bertaqwa kepada Allah pada setengah atau separuh urusan agama yang selebihnya".

Masakan cinta dan perkahwinan perkara yang main-main sekiranya sebesar ini ganjaran yang dijanjikan Allah.

Tulisan ini sekadar perkongsian yang sudah mula saya fikirkan sejak kecil lagi. Mencari-cari apakah formulanya sedangkan Islam memang ada jawapannya.

Tulisan ini juga sekadar muhasabah diri dan mengambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah dan mendoakan kakak kandung saya yang bakal melansungkan pernikahan Sabtu ini.

Juga buat senior mahupun junior yang selamat diijabkabulkan sepanjang cuti ini.

Tahniah dan selamat menempuh alam baru!



Copy dari sini iluvislam.com

Sabtu, 21 April 2012

..:: GoToNg RoYoNg::..

Hmm ape tajuk yang sesuai ye???
Itulah antara persoalan yang bermain di fikiran Hardcore Nisa' apabila ketua kami berikan tugas untuk adakan 1 game kepada pengarah program..
Penuh gak email semata2 untuk mencari nama yang sesuai..
Akhirnya muncul di benak fikiran MAHABBAH DE NISA'..

Adakah nama tersebut diambil semperna drama TV "Mahabbah"???
Wallahualam..
Tapi harap2 tidak la ye..
Kalau iya pun xsalah rasanya kan??
Lagipun makna MAHABBAH = KASIH SAYANG..
Jadi,
MAHABBAH DE NISA' = KASIH SAYANG ANTARA NISA'
Betul ke ayat nie ye???? =)

Apa2 pun jom jelajah apa yang Nisa' buat sehari sebelum program...

~ aturan kerusi yang menawan ~

~ masking dewan ~

~ menghias back drop ~

~ amaran KERAS ~

~ nak buat senaman macam nie la..tapi......
jadi ker???? ~

~ berselirat wayar ~

~ ini baru di katakan gotong royong ~

Antara check point yang perlu dilalui...




Sesi latihan PELUK KAWAN..



~ Setelah penat gotong royong ~

Tepat jam 6:30 petang semua bergegas pulang..perjalanan makan masa 1 jam gak la..
so kena cepat2 nak solat Maghrib lagi.. =)

Wassalam..

Next program 8 April....


..:: BoWLiNg MaSjiD As SaLaM::..


Pada 30 Mac 2012 yang lepas, Masjid As salam Bukit Sentosa telah menganjurkan satu pertandingan bowling.. Objektif utama bagi mengeratkan silaturrahim di kalangan penduduk setempat..

Antara yang terlibat sama, penduduk di sekitar Bukit Sentosa, Bukit Beruntung, AJK Masjid dan tidak ketinggalan AHLI NISA' HULU SELANGOR..

Berikut antara kenangan yang sempat dirakamkan :
Dimulakan dengan Tazkirah..

~ Ustazah yang menyampaikan tazkirah ~

~ sesi tazkirah ~
~ Strikers Bowl ~
~ antara kerusi2 yang kosong =) ~
~ antara jaguh2 bowling ~
~ Kejuaraan pasti milik saya ~
~ penyampaian cenderahati ~
~ JUARA BOWLING BUKIT BERUNTUNG ~
(kecik2 cili padi tue..)

Tepat jam 1:30 tengahari tamat la sudah pertandingan bowling..
Sebelum pulang, setiap peserta di hudangkan dengan makan tengahari (dah penat main mesti kena makan, isi perut balik kan.. ^_^ )

Jumaat, 20 April 2012

..::KeMuNcULaN NiSa' Di bLoG::..

Assalamualaikum sahabat2 semua..

Insya Allah selepas ini segala aktiviti Nisa' Hulu Selangor akan di "update" di blog ini terlebih dahulu & kemudian akan di "update" di Facebook dalam masa 2 @ 3 hari selepas itu..

Atas sebab2 tertentu, admin terpaksa melakukan satu perubahan..Harap semua sahabat, ahli baru & lama xberkecil hati dengan perubahan yang admin lakukan..

Insya Allah diharapkan juga, semua yang menetap di HULU SELANGOR akan dapat input @ maklumat berkaitan aktiviti nisa'..Amin..

Wassalam..